Monday, May 15, 2006
K.A.Y.A

Pernah saya kesuntukan masa sehingga bebulu kat kepala dengan dekat muka ini tidak begitu tersisir dan serabai saja rupanya. Rupanya, bila keadaan begini kita akan kelihatan tidak penting, kita akan di lihat seperti orang yang tidak layak untuk mendapat layanan seadlnya bila berurusan dengan jabatan-jabatan ataupun kedai-kedai.

Suatu hari pula bila keluar dari kedai gunting mamak, dengan rupa yang licin tersisir rapi, rambut yang macho, pakaian bertali leher yang lengannya berbucu tajam. Saya di sambut dengan mesra. Memang bagi sesetengah orang saya kelihatan "kaya" bila berkeadaan begini. Saya akan di lihat penting. Itu belum lagi saya berkereta lampu kacang. Pasti saya akan kelihatan lebih kaya.
Hakikatnya saya sebelum masuk kedai gunting mamak dengan saya yang keluar dari situ adalah saya juga. Duit dekat masa-mana akaun begitu juga. Tapi saya akan di lihat lebih kaya dari sebelumnya.


Saya pun macam anda semua, selalu keliru. Tapi bagi sesetangah orang saja ya.


Posted at 02:09 pm by wkdin
(1) komen

Friday, May 05, 2006
Orang Parlimen

Orang parlimen berdengung berkata itu dan ini, orang parlimen yang di suruh dan di bayar gaji oleh rakyat supaya membela rakyat dan mewakili rakyatnya kuat suaranya. Kadang-kadang apa yang di timbulkan tidak lah hebat sangat.

Sekarang kata begitu, tetapi dia begitukah?

 

****banyak dah panahan petir sekarang........


Posted at 12:43 pm by wkdin
(2) komen

Wednesday, April 26, 2006
Wang Berkerja Untuk Kita?

Banyak sekali program-program cari duit di dalam alam siber ini. Saya kira ini adalah generasi kedua selepas musim pelaburan cepat untung dahulu. Bagaimana proses keyakinan di lakukan oleh pengeluar-pengeluar produk cari duit dalam internet ini.

Bukan saya ingin membuka perbincangan akan ketulinan program itu. Tetapi tentang bagaimana untuk meletak kan diri kita di dalam situasi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi orang yang berduit. Tidak semudah itu! sungguh!.  Tanyalah pada jutawan internet itu? mudah ker dia semasa permulaan dia mencuba pelbagai taktik dan teknik untuk menjadikan sistemnya bekerja.

Ya, semuanya pasti mengambil masa untuk wang berkerja untuk kita. Saya masih meletakkan ilmu perancangan kewangan lebih penting dari terus menyertai apa-apa program secara melulu.

*rujukan D Art Of life


Posted at 12:43 pm by wkdin
(2) komen

Friday, April 21, 2006
Jumaat

Bila tiba hari jumaat, ini bermaksud minggu akan berakhir lagi. Ramai yang menunggu masa untuk berhujung minggu dengan segala macam aktiviti yang terancang dan juga tidak terancang.

Di kala matahari tegak di kepala, ramai juga yang tidak ingat yang hari ini adalah hari Jumaat.  Adanya banyak tempat perhimpunan umat pada waktu ini.

Moga-moga kita berjumpa  Jumaat lagi nanti.


Posted at 03:36 pm by wkdin
Sila komen

Monday, April 17, 2006
Tenaga

Memang kalau kereta besar menjalar pun kalau tiada upaya untuk membeli bahan tenaganya pun, tidak akan berjalan juga kereta itu.

Samalah juga dengan telefon bimbit saya sekarang ini. Boleh berfungsi tetapi tidak boleh di "charge" , Entah apa wayar yang putus, saya pun tak tahu.

Kalau kita ada sesuatu yang bernilai pun nadinya bukan di tempat yang gah itu, ia di tempat lain. Jadi saya harus menjaga denyutan nadinya supaya ia tidak mati.


Posted at 11:38 am by wkdin
Sila komen

Wednesday, April 05, 2006
RMT

"Abah tau tak RMT apa?". Masa tu anak saya aidi kepenatan selepas balik dari sekolah agama. Kebetulan saya balik cepat hari tu. "ntah" jawab saya ringkas. "budak yang dapat bantuan makanan masa rehat ke aidi? Rancangan Makanan Tambahan" Sahut awek saya dari dapur. " A'aah, dia orang yang dapat tu orang yang susah, dapat bantuan" aidi beri penerangan.  Sambungnya " Contohnya kalau abah MATI tinggal ibu aje, aidi dapatlah RMT".

Cisss......bedegup jantung saya kejap. apa punya contohlah!!,  tapi tak pa. Bukan ke kita semua akan MATI nanti?


Posted at 07:31 pm by wkdin
(5) komen

Monday, April 03, 2006
Meter Naik

Meter umur semakin meningkat, ya, hari sudah bertambah lagi pagi ini. Saya seakan tidak sempat untuk mengejar masa-masa ini. Namun hidup mesti di teruskan. Mengalah tidak sekali. Biar ribut melanda akan saya redah juga ranjau-ranjau itu.

errr. tolong bang!!! bagi sikit projek. Kemudian boleh cerita.

 


Posted at 12:32 pm by wkdin
(1) komen

Monday, March 27, 2006
alamak

hah!!! dah 27 haribulan ker??? aduss

Posted at 04:41 pm by wkdin
Sila komen

Previous Page

Next Page



................................

wkdin@yahoo.com

................................



................................

maklumbalas untuk 'entry update' di tulis di ruangan komen. tag board ini hanya lah untuk yang umum dan sembang-sembang saja.

   

New Achived Calendar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Old Achived
08/01/2003 - 08/31/2003
09/01/2003 - 09/30/2003
10/01/2003 - 10/31/2003
11/01/2003 - 11/30/2003
12/01/2003 - 12/31/2003
01/01/2004 - 01/31/2004
02/01/2004 - 02/29/2004


................................

................................





 



rss feed

Blogdrive