Monday, May 07, 2007
Untuk apa

Apa ni?

Untuk Apa ?

 

Untuk ini?


Posted at 10:58 pm by wkdin
Sila komen

Wednesday, May 02, 2007
Kereta Buruk (buruk ke?)

Ahli parlimen ni memang betul lah..... dalam kepala saya tak de lain mesti ada udang di sebalik batu. Kalau cadang apa-apa saya kira mesti nak mengunakan alasan yang di katakan soal kepentingan ekonomi negara ke apa ke. Ye ke begitu? Walhal, perniagaan kerabat sendiri, siapa yang tahu. Kan?

Tak kira lah begitu kalau tidak menyusah kan sesiapa. Tetapi soalnya..

Kalau betulah lepas 15 tahun nak dilupuskan, boleh ke? praktikal ke?. Saya kira, bukan ke makin lama satu kereta itu kadang kala boleh jadi semakin bernilai kereta tu. Kereta-kereta antik yang di puja-puja tu bukan ke teramat berlebihan dah tahunnya. Kena hapus juga ke?.

Bukankah elok di kata begini. Kereta-kereta yang lebih 15 tahun di mestikan menjalani pemeriksaan, sama ada sudah tak bertenaga, tidak bernilai untuk di hapuskan. Tetapi kalau masih lagi bertenaga dan berdaya saing, di boleh kan pemakaiannya.

* ada sorang datuk 80 tahun kawen dengan orang muda dapat anak lagi woooo.

 

 


Posted at 05:41 pm by wkdin
(2) komen

Monday, December 04, 2006
Pembola Malaysia

Oleh sebab pengomen kita bukanlah selalunya diri kita sendiri, maka kesibukan itu di isi dengan mengomen satu pihak yang lain. Malam tadi sempat pula menonton perlawanan bola yang sangat-sangat saya minati dari kecil iaitu antara pasukan Malaysia dengan negara China untuk Sukan Asia di DOHA.

Keseluruhan pemain yang sering terkedu, terkujat dan terkulai bila di depan pemain China, yang saya kira pemain kita juga mempunyai bakat dan skill yang sama. Tetapi di sebabkan sering terkujat, lemah semangat, itu menjadikan lutut-lutut menjadi longlai lesu dan tidak bermaya untuk mengejar bola. Otak menjadi beku untuk memikirkan idea-idea bernas skill yang selama ini memang tersedia ada di dalam diri.

Keadaan fobia bila bermain di luar ini, biasa bagi rata-rata umat Malaysia. Entah kenapa dari dulu sampai sekarang tiada lagi formula untuk mengubat perasaan lemah semangat ini. Walhal di Malaysia kita sering tahu memang mantap dalam segala ilmu, termasuklah ilmu penguat semangat ini. Kalau tidak tak kanlah segala benda yang tidak boleh menjadi boleh JIKA di dalam Negara sendiri.

Tentu ada formulanya. Belum lagi terjumpa.


Posted at 02:24 pm by wkdin
Sila komen

Monday, November 20, 2006
Siapa pengkomen kita

Siapakah yang akan menjadi pengkomen (atau pengomen?) kita?


Posted at 11:51 am by wkdin
Sila komen

Saturday, September 23, 2006
Selamat Ramadhan Al-Mubarak

Tidak berkesempatan untuk mengupdate blog kerana kesibukan diri yang amat.

Selamat berpuasa untuk semua...

 

 


Posted at 07:04 pm by wkdin
(3) komen

Monday, July 17, 2006
Pergi tak Kembali

Seorang rakan yang mudah mesra, mudah manja.... telah pergi..

Semoga roh nya di tempatkan bersama-sama orangg yang beriman.

http://misznana.blogdrive.com

 

 


 


Posted at 12:09 pm by wkdin
(1) komen

Tuesday, May 30, 2006
Kita hanya Manusia

Ingatkan Merapi yang nak membuak, kita tak tahu akar-akar lingkaran dalam perut bumi itu macamana, sebelum dia membuak, di dalam sana entah apa aktiviti ngeri yang sedang berlaku, lantas gempa bumi pun berlaku.

Dalam sibuk-sibuk manusia beraktiviti yang sebenarnya hanya menumpang di bumi milikNya, kita tidak mampu untuk melangkaui kuasa yang empunya. Apa-apa saja boleh berlaku. Ya, kita kena terus menjalani kehidupan, kita kena terus mencari rezeki, kerana kita masih hidup lagi. Kita belum mati untuk tidak berusaha. Kita harus berkerja dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dengan strategi-strategi yang betul, dengan ilmu-ilmu yang betul supaya langkah kita dalam kehidupan terus-terusan berada di landasan yang betul.

Namun sudah pun di namakan manusia, sering lalai bila larut dalam suasana selesa, sering saja terkejut bila ada masalah atau malapetaka. Kadang-kadang bila kita tidur terlalu nyenyak, kita perlu di kejutkan. Bukankah peristiwa yang berlaku itu satu kejutan-kejutan untuk kita supaya beringat sikit.

Sudahlah, 50-60-70 tahun itu tidak lama. Namun sifat manusia itu selalu 'perasan', termasuklah saya.


Posted at 12:44 pm by wkdin
Sila komen

Saturday, May 20, 2006
Membuaknya Merapi

Sesekali kalau muka kita terbitnya jerawat batu yang amat besar, kita merasakan betapa sakitnya muka kita. Kalaulah boleh di umpamakan bumi kita sekarang merasa kesakitan dengan membuaknya isi lahar yang panas dari gunung merapi itu.

************************************************

Dulu di tempat saya tinggal (6 tahun lepas), kalau keluar pagi tu, banyak kabus pagi yang ada, kini tidak ada lagi. Nyamuk pulak kurang walaupun rumah di dalam separuh hutan, tapi kini nyamuknya sudah banyak. Ada kilang ayam, dulu baunya tak berapa menusuk kerana pokok-pokok sudah menolong meresapkan baunya, tapi kini, terasa sesak nafas. Ermm bukan kerana sesak nafas penyakit tapi sesak nafas sebab tahan nafas, kuat baunya.

Maksudnya apa yang kita buat, kita lakukan pasti ada kesannya. What you give and what you get back.


Posted at 02:04 pm by wkdin
Sila komen

Next Page



................................

wkdin@yahoo.com

................................



................................

maklumbalas untuk 'entry update' di tulis di ruangan komen. tag board ini hanya lah untuk yang umum dan sembang-sembang saja.

   

New Achived Calendar

<< August 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



Old Achived
08/01/2003 - 08/31/2003
09/01/2003 - 09/30/2003
10/01/2003 - 10/31/2003
11/01/2003 - 11/30/2003
12/01/2003 - 12/31/2003
01/01/2004 - 01/31/2004
02/01/2004 - 02/29/2004


................................

................................





 



rss feed

Blogdrive